ANDAI AKU BERTANYA


 

andai aku bertanya
mana yang engkau suka
bunga atau daun
pasti kata mu tentulah bunga
kerna bunga sentiasa wangi
sentiasa berseri disinar mentari

andai aku bertanya
kenapa bukan daun
kerna daun ibarat nadi
tanpanya pokok bisa mati
bunga juga takkan berseri
walau pudar dibawah mentari
daun penyejuk dimalam hari

andai aku bertanya
mana yang  engkau suka
bunga atau daun
pasti katamu tentulah bunga
dan aku cuma daun






No comments:

Post a Comment

:-)

Nevermore