KELIRU...this ain't a love post

Saya sebenarnya agak keliru dengan istilah "friend' di facebook. Ini adalah kerana, selain daripada mereka yang sememangnya saya kenal di alam nyata, yang lain2 cuma saya kenal berdasarkan apa yang tertera di wall atau di profile mereka. Lebih malang lagi, jika apa yang tertera di profile juga adalah maklumat yang direka2. 

Persahabatan di alam nyata adalah berdasrkan kejujuran, keikhlasan serta sifat saling mempercayai. Namun di facebook, apa yang ternampak hanya lah aspek-aspek yang mahu ditunjukkan oleh seseorang kepada kita, yang mungkin juga langsung tidak sama dengan personaliti sebenar mereka. Apa yang ditunjukkan kepada umum mungkin hanyalah personaliti rekaan atau khayalan mereka yang mungkin bertujuan untuk menarik perhatian serta membuat mereka lebih terkanal di alam maya.

Maka, jika saya tidak tertarik dengan perwatakan yang mereka di alam maya, saya tidak akan berkawan dengan mereka, dan ini agak merugikan, kerana mungkin perwatakan sebenar mereka bukan begitu. 

maka, apa sebenarnya maksud 'friend' di facebook? adakah ianya cuma persahabatan yang 'superficial, yang main2 serta tidak serious? 

Apa yang saya dapati adalah warga facebook lebih senang menerima orang2 yang pandai melakunkan watak yang menarik. Wanita atau lelaki yang pandai bergurau senda di wall, , yang pandai 'flirt' serta yang agak manja serta gedik... hehe. Perwatakan beginilah yang selelunya akan mendapat banyak komen serta like di wall mereka. 

Mereka2 yang menunjukkan perwatakn sebenar , ie, yang watak di alam nyata sama dengan watak di alam maya, selalunya dianggap terlalu serious, terlalu emosi serta kadangkala dijadikan bahan sindiran. Watak begitu hanya sesuai di alam nyata... kata mereka...

Apakah kejujuran, keikhlasan serta kepercayaan langsung tiada nilai di facebook? Persahabatan adalah sesuatu yang saya anggap sebagai serious, namun bila saya bertanyakan sesuatu yang memerlukan mereka bersikap jujur, saya sering dipersendakan dan dianggap terlalu sensitif dan emosi. Whatever. 

ps: Yang pasti, hanya di facebook, seorang wanita atau lelaki boleh bergurau senda dengan mesra di wall dengan seorang yang bukan suami, isteri atau kekasih mereka. Cuba buat begitu di alam nyata... LOL...

No comments:

Post a Comment

:-)

A ROSE BY ANY OTHER NAME ... tuberose

  Salam and good day.  It's the end of July/ early August, and my tuberose is blooming. Go figure. Despite its name, tuberose is not act...